Di antara fungsi-fungsi bibir ialah :-
1. Makan dan minum
Untuk menjaga agar makanan tidak
tercecer keluar, merasakan panas dan dingin makanan adalah di antara fungsi
bibir. Bayangkan jika kita tidak memiliki bibir, sudah pasti makanan akan
terkeluar sebelum dikunyah! Bibir adalah seperti benteng pada mulut kita.
Begitu juga dengan minum, tanpa bibir tentu air akan meleleh keluar dari mulut
serta tidak dapat menyedut ‘straw’ kan.
2. Percakapan
Sebutan yang jelas adalah sangat
penting terutamnya bila kita menyampaikan atau becakap dengan orang lain. Jika
sebutan kita tidak jelas, maka adalah sukar bagi orang lain untuk memahami apa
yang kita cuba sampaikan atau cakapkan itu. Cuba kita sebutkan huruf M, P, B,
F, V, W dan Y Dapatkah kita sebut dengan baik tanpa adanya bibir ? Mungkin
boleh, tetapi agak sukar bagi orang lain untuk memahaminya bila kita bercakap
dengannya.
3. Untuk memberi senyuman.
Sedekah bukan hanya dalam bentuk
wang ringgit mahu pun harta benda. Senyuman yang diberikan oleh kita kepada
orang lain juga di anggap sedekah. Namun biarlah memberi senyuman itu betul
pada tempatnya ! Dengan senyuman juga dapat ‘mencairkan’ perasaan orang yang
sedang marah.; tetapi ada juga yang tidak menyenanginya malah menempelak kepada
orang yang memberi senyuman itu. Yang penting niat kita untuk memberi senyuman
itu……
4. Mengesan gejala penyakit
Bukan saja keindahan bibir yang
perlu diperhatikan. Kesihatan bibir juga harus dijaga dengan baik. Meski pun
hanya bibir pecah-pecah atau bibir kering. Gangguan bibir jangan di ambil
ringan, biasanya bibir pecah-pecah dan bibir kering adalah di sebabkan oleh
faktor cuaca dan kekurangan vitamin C. Namun perlulah berwaspada, apabila
gangguan ini terus menerus melanda, boleh memberi petanda penyakit Anemia
dan Diabetes. Mengapa boleh sebagai pertanda diabetes ? Bakteria yang menyerang
mulut disebabkan tingkat gula darah yang tinggi juga boleh menyebabkan bibir
seseorang menjadi kering dan pecah-pecah. Penyakit Ginjal (buah pinggang) juga
boleh dilihat dari gejala bibir kering dan pecah-pecah.
Sumber : https://wannuraterapi.wordpress.com/2012/10/25/ketahui-fungsi-fungsi-bibir/