Rabu, 21 Desember 2016

Fungsi Bibir




Di antara fungsi-fungsi bibir ialah :-

1. Makan dan minum
Untuk menjaga agar makanan tidak tercecer keluar, merasakan panas dan dingin makanan adalah di antara fungsi bibir. Bayangkan jika kita tidak memiliki bibir, sudah pasti makanan akan terkeluar sebelum dikunyah! Bibir adalah seperti benteng pada mulut kita. Begitu juga dengan minum, tanpa bibir tentu air akan meleleh keluar dari mulut serta tidak dapat menyedut ‘straw’ kan.
2. Percakapan
Sebutan yang jelas adalah sangat penting terutamnya bila kita menyampaikan atau becakap dengan orang lain. Jika sebutan kita tidak jelas, maka adalah sukar bagi orang lain untuk memahami apa yang kita cuba sampaikan atau cakapkan itu. Cuba kita sebutkan huruf M, P, B, F, V, W dan Y Dapatkah kita sebut dengan baik tanpa adanya bibir ? Mungkin boleh, tetapi agak sukar bagi orang lain untuk memahaminya bila kita bercakap dengannya.
3. Untuk memberi senyuman.
Sedekah bukan hanya dalam bentuk wang ringgit mahu pun harta benda. Senyuman yang diberikan oleh kita kepada orang lain juga di anggap sedekah. Namun biarlah memberi senyuman itu betul pada tempatnya ! Dengan senyuman juga dapat ‘mencairkan’ perasaan orang yang sedang marah.; tetapi ada juga yang tidak menyenanginya malah menempelak kepada orang yang memberi senyuman itu. Yang penting niat kita untuk memberi senyuman itu……
4. Mengesan gejala penyakit
Bukan saja keindahan bibir yang perlu diperhatikan. Kesihatan bibir juga harus dijaga dengan baik. Meski pun hanya bibir pecah-pecah atau bibir kering. Gangguan bibir jangan di ambil ringan, biasanya bibir pecah-pecah dan bibir kering adalah di sebabkan oleh faktor cuaca dan kekurangan vitamin C. Namun perlulah berwaspada, apabila gangguan ini terus menerus melanda, boleh memberi petanda penyakit  Anemia dan Diabetes. Mengapa boleh sebagai pertanda diabetes ? Bakteria yang menyerang mulut disebabkan tingkat gula darah yang tinggi juga boleh menyebabkan bibir seseorang menjadi kering dan pecah-pecah. Penyakit Ginjal (buah pinggang) juga boleh dilihat dari gejala bibir kering dan pecah-pecah.

Sumber : https://wannuraterapi.wordpress.com/2012/10/25/ketahui-fungsi-fungsi-bibir/